Berita

Tan Sri Annuar Musa Persoal Kenapa Kelantan Terima Layanan Buruk Dari FAM Dan FMLLP

Tan Sri Annuar Musa dalam kenyataan di laman sosial Facebook memberitahu, KAFA tidak perlu berang dan teruskan rayuan dengan fakta yang cukup.

Beliau juga memberitahu terpedaya dengan ‘text message’ beberapa pihak kononnya jika Kelantan bersetuju untuk menjual Ghaddar, bayaran lumayan yang diterima itu membolehkan KAFA membeli pemain baru. Ketika itu, Tan Sri Annuar berkata beliau tidak tahu langsung KAFA sudah tertakluk kepada sekatan mendaftar pemain baru.

“Sekiranya kita tahu berkenaan perkara ini, kita tidak akan pindahkan dan pinjamkan pemain Kelantan kepada pasukan lain.”

“Perancangan asal adalah untuk menggantukan seorang pemain import yang tidak cergas dan berprestasi rendah dimana notis penamatan kontrak telah diputuskan pada bulan April lagi.”

“Yang anehnya pemain tersebut sudah dibatalkan pendaftarannya oleh FMLLP. Tetapi bila kita membuat permohonan untuk mendaftarkan Imam untuk menggantikannya, FMLLP mendaftar semula pemain itu ( Ceilin ).”

Implikasi dari perkara ini telah menyebabkan KAFA terpaksa menanggung pembayaran gaji untuk 2 pemain serta terpaksa menurunkan pemain yang berprestasi rendah itu.

“Inilah perkara yang KAFA mahu pihak FMLLP pertimbangkan semula dan jangan menganiaya KAFA selepas kami sebagai penaja berhempas pulas untuk membantu menghidupkan Liga Malaysia.”

Tan Sri Annuar Musa juga mempersoalkan kenapa mesti pasukan Kelantan menerima layanan buruk oleh FAM dan FMLLP, sedangkan Kelantan dan penggiat bola sepak Kelantan telah banyak menyumbang kepada individu dan FAM.

“Apa yang kita perlukan adalah keadilan dan keputusan yang tertib, jelas dan saksama, tidak lebih dari itu.”