Malaysia

FIFA Ranking Julai 2017: Malaysia Jatuh Ke Ranking 167, India Kini Top 100 Dunia

Sebentar tadi FIFA baru sahaja mengemaskini kedudukan FIFA Ranking Julai 2017.

Seperti dalam artikel ramalan Football Tribe Malaysia sebelum ini, FIFA Ranking Malaysia telah jatuh ke kedudukan 167 berbanding di kedudukan 155 pada kemaskini bulan Jun 2017.

 

Carta FIFA Ranking Asia Tenggara

Filipina jelas masih utuh mendahului negara-negara di Asia Tenggara apabila menghuni tangga 126, diikuti oleh Thailand (131), Vietnam (133), Myanmar (157), Malaysia (167), Singapura (169), Laos (171), Kemboja (173), Indonesia (175), Brunei (188), dan  Timor Leste (196),

Kedudukan AFC MA Ranking Terjejas

Malaysia masih kekal pada kedudukan ke 6 AFC MA Ranking, tetapi Hong Kong telah merapatkan jurang selepas berjaya seri bertemu Jordan dalam perlawanan persahabatan dan seri bertemu DPR Korea dalam kelayakan Piala Asia 2019.

Jumlah perbezaan sekarang adalah sekitar +0.6094 mata sahaja.