Malaysia Asian Cup

Nelo janji pasukan Malaysia akan lebih kuat pada bulan September

Jurulatih baru skuad Harimau Malaya, Nelo Vingada yakin skuad Malaysia akan layak ke Piala Asia 2019 berdasarkan prestasi pemain sepanjang 75 minit ketika tewas kepada Lubnan dengan jaringan 2-1. Dalam temubual esklusif dengan ESPN FC, Vingada enggan mengkritik prestasi anak buahnya dan menggangap mereka sebagai “istimewa dan menakjubkan” dan melayan pemain seperti anak sendiri.

“Jika kita menang sekalipun, ianya bukan mudah untuk layak ke Piala Asia. Sudah tentu menang atau seri lebih baik daripada kalah tetapi kami masih dalam landasan yang betul dan kami mampu melakukannya,” kata Vingada.

“Saya percaya dengan menonton lebih banyak perlawanan liga Malaysia dan lebih ramai pemain, kami akan buat persediaan yang lebih mantap untuk perlawanan seterusnya. Semua pemain Malaysia menakjubkan dan mereka sudah lakukan yang terbaik. Mereka lari, mereka melawan,”

“Kita akan bawa masuk lebih ramai muka baru dalam sesi latihan dan memastikan mereka beraksi lebih baik daripada sebelumnya,”

Vingada tidak merasakan sebarang tekanan dan menafikan pemainnya lemah mental serta kurang disiplin.

“Kami hanya kalah di minit akhir. Ianya memang saat yang paling sukar untuk menghadapi kekalahan seperti ini. Tetapi ada banyak perkara positif yang ditonjolkan oleh pemain. Sepanjang 75 minit, pasukan bermain begitu baik dalam perlawanan itu,”

“Anda pergilah kemana-mana di dunia pasti ada pasukan besar, pasukan kecil, atau pasukan hebat kalah pada minit akhir. Saya fikir salah satu sebab pemain keletihan pada 15 minit terakhir ialah pemain berpuasa pada bulan Ramadhan. Itu membuatkan situasi pasukan kami sedikit sukar,”

“Jika anda masih ingat 1 atau 2 bulan yang lalu, Real Madrid seri 2-2 dengan Barcelona sehinggalah mereka bolos di minit akhir. Bayern Munich juga kalah 1-2 kepada Mancheste United ketika di minit akhir perlawanan Piala Eropah tahun 1999. Ianya berlaku kepada semua pasukan di dunia,”

Vingada juga bersetuju bahawa perlawanan serterusnya menentang Hong Kong pada 5 September depan merupakan perlawanan penting yang wajib menang jika mahu tempah tiket ke UAE.

“Sudah tentu kami perlu menang kerana kami akan terus berjuang dan seterusnya kita boleh menang,” katanya yang akan cuba mengaturkan 2 perlawanan persahabatan pada bulan Ogos ini.

“Pasukan lebih penting. Semuanya termasuk saya. Dalam keluarga kita ada anak, semuanya penting bagi saya. Mereka ini semuanya istimewa,” jelasnya

sumber: ESPN FC