Asia

5 Pasukan Yang Mewakili Asia Dalam FIFA U20 World Cup 2017 Korea Selatan

Kejohanan Piala Dunia FIFA U20 2017 akan bermula esok, Sabtu 20 Mei 2017 di Korea Selatan, menandakan bermulanya sebuah kejohanan yang akan membawa satu kesan signifikan untuk bola sepak Asia khususnya.

Buat kali pertama kejohanan Piala Dunia U20 ini diadakan di negara Asia Timur selepas Jepun menjadi tuan rumah pada edisi 1979., Korea Selatan dan 4 lagi wakil Asia akan cuba memberikan cabaran kepada ‘powerhouse’ seperti Eropah, Afrika dan Amerika Selatan.

Apakah salah satu dari 5 pasukan dari Asia ini mampu menyamai rekod Jepun yang pernah menjadi naib juara Piala Dunia U20 pada 1999?

Baca artikel ini untuk mengenali 5 wakil Asia dalam kejohanan Piala Dunia FIFA U20 2017 Korea Selatan.

1) Korea Selatan

KOREA REPUBLIC

Tuan rumah, Korea Selatan akan membuat penampilan ke 4 dalam sejarah Piala Dunia U20, paling banyak dalam mana-mana pasukan dalam AFC.

Diketuai oleh jurulatih, Shin Tae-yong, skuad Korea Selatan ini dianggap sebagai pasukan yang paling ramai ‘student’ menganggotai pasukan. 11 dari 21 pemain mereka dalah pelajar universiti dimana 5 daripadanya merupakan penuntut University Yonsei.

2 pemain yang dijangkan akan menonjol dalam kejohanan kali ini adalahLee Seung-Woo, berusia 19 tahun, yang juga MVP dalam kejohanan AFC U16 2014 membantu pasukan Korea Selatan layak ke Piala Dunia FIFA U17 dan Paik Seung-Ho yang telah membuat debut bersama pasukan Barcelona B pada usia 20 tahun.

Korea Selatan dilihat tidak mempunyai keyakinan untuk mengatasi skuad Argentina dalam peringkat kumpulan, tetapi keputusan yang memihak kepada mereka apabila bertemu wakil Afrika, Guinea dan juga England di hadapan penyokong sendiri mampu membawa mereka untuk ke pusingan kalah mati.

 

2) Jepun

JAPAN

Selepas gagal layak ke Piala Dunia U20 untuk 4 edisi berturut-turut, Jepun akhirnya memecahkan tembok apabila menjadi juara kejohanan AFC U19 buat pertama kali tanpa melepaskan sebarang gol, seterusnya melayakkan mereka ke Piala Dunia U20 2017.

Dengan hampir semua pemain skuad ini adalah dari pemain yang beraksi dalam J League, ramai mata akan tertumpu kepada pemain tengah Gamba Osaka, Doan Ritsu, dan penyerang dari Jubilo Iwata Koki Ogawa yang telah mempamerkan aksi cemerlang dalam saingan J1 League musim ini.

Namun, pihak media Jepun dijangka akan memberik lebih tumpuan kepada bintang muda yang sedang meningkat naik berumur 15 tahun, Takefusa Kubo yang terpilih untuk ke kejohanan ini.

Jepun di undi dalam kumpulan D bersama-sama Afrika Selatan, Italy dan Uruguay, diramalkan akan menamatkan saingan peringkat kumpulan dikedudukan ke 3. Mereka juga mengharapkan ada magis 1999 mampu memberikan sesuatu ketika bertemu Uruguay.

 

3) Vietnam

VIETNAM

Pasukan Vietnam kali ini adalah salah satu pasukan yang akan membuat debut dalam kejohanan Piala Dunia U20 selain daripada Vanuatu.

Skuad ini dikendalikan oleh Hoang Anh Tuan, satu-satunya jurulatih tempatan yang memegang lesen setaraf UEFA Pro, pasukan Vietnam layak ke Piala Dunia U20 kali ini apabila menumpaskan Bahrain diperingkat suku akhir kejohanan AFC U19 2016.

Pemain tengah, Nguyen Quang Hai, merupakan kapten pasukan dan salah seorang dari 6 pemain pasukan Hanoi FC akan mengepalai perjalanan pasukan Vietnam dalam kejohanan di Korea Selatan ini. Bakat dan pengalamannya selama 3 tahun dalam skuad kebangsaan akan menjadi aset utama selain tonggak pertahanan Nguyen Trong Dai dan penyerang yang sedang mencipta nama dalam Toyota V League, Ha Duc Chinh yang telah menjaringkan 7 gol bersama SHB Da Nang.

Hoang dalam kenyataannya memberitahu, beliau gembira sekiranya Vietnam mampu menjadi pasukan pertama dari Asia Tenggara untuk mengutip mata dalam kejohanan Piala Dunia U20 ini. Di undi dalam kumpulan E bersama France, Honduras dan New Zealand, peluang terbuka untuk Vietnam berada dikedudukan ke 3.

 

4) Iran

IRAN

Iran telah menanti selama 16 tahun untuk membuat penampilan ke 3 mereka dalam kejohanan Piala Dunia U20 dan mensasarkan untuk layak ke saingan kalah mati buat kali pertama.

Kapten pasukan, Omid Noorafkan, bintang masa depan kelab Esteghlal hampir tidak dapat menyertai skuad Iran ke Korea Selatan apabila pengurus Esteghlal Alireza Mansourian tidak membenarkan pemain ‘Defensive Midfielder’ ini bersama pasukan kebangsaan kerana tugas berat menanti dalam kejohanan AFC Champions League 2017 bertemu Al-Ain dari UAE.

Penyerang kelab Rostov, Reza Shekari, pernah dipilih The Guardian sebagai salah seorang pemain berbakat 2015, merupakan seorang lagi pemain tonggak dalam skuad Hossien Peyrovani. Walaupun berusia 18 tahun itu tidak bermain selama beberapa bulan akibat isu kontrak bersama kelab lamanya Zob Ahan, kemahiran yang ada padanya sudah cukup memberi impak diatas padang.

Walaupun dilihat berpotensi besar untuk layak ke pusingan kalah mati dibelakang Portugal, pasukan Melli Javanan ini hanya mampu untuk membuat 1 perlawanan persahabatan bertemu Senegal. Skuad ini juga tidak mempunyai cukup masa untuk mempersiapkan pasukan kerana masalah pelepasan dari kelab masing-masing.

Iran di undi dalam kumpulan C bersama-sama Portugal, Zambia dan Costa Rica.

5) Arab Saudi

SAUDI ARABIA

6 tahun terlepas peluang ke Piala Dunia U20, penyokong Arab Saudi mengharapkan ini adalah permulaan baru kepada bola sepak Arab Saudi.

‘Green Falcon’ yang diketuai  Sami Alnaji sebagai kapten selepas aksi cemerlang bersama pasukan senior dan juga ‘regular’ dalam skuad Al Nasr. Beliau akan bersedia untuk Korea Selatan walaupun menjalani pembedahan perut hujung Mac lalu.

Alnaji bersama rakan sepasukannya Abdulrahman Alyami menjaringkan 8 gol dalam kejohanan AFC U19 dan jika prestasi sama berjaya diulang semula, Arab Saudi mampu untuk melepas peringkat kumpulan F. Skuad ini akan memberikan fokus kepada kekuatan mereka melalui serangan balas pantas dan efektif selain mengurangkan bolos pada bahagian pertahanan.

Ketua jurulatih Saad Alshehri tewas dalam perlawanan pertamanya bertemu Korea Selatan 1-3.