Liga Super Malaysia

15 Faktor Kenapa Penyokong Pulau Pinang Perlu Memboikot Perlawanan Pasukan Mereka

Selepas 5 perlawanan Liga Super Malaysia 2017, Pulau Pinang jelas berada dalam keadaan yang “desperate” untuk mencari tonik untuk sekurang-kurangnya memperolehi mata pertama mereka musim ini.

Statistik 5 perlawanan pertama juga menunjukkan pasukan Pulau Mutiara ini hanya mampu mencatatkan 1 gol dan 11 kali bolos dalam 5 perlawanan – purata 2 gol setiap perlawanan. Gol tunggal Pulau Pinang musim ini dijaringkan oleh pemain import Nigel Dabingyaba ketika bertemu Pahang dalam perlawanan Liga Super yang terbaru – tewas 1-6.

Tewas 1-6 merupakan kemuncak kepada kesabaran penyokong Pulau Pinang.

Kami telah menghubungi kumpulan penyokong “Penang Brotherhood” selepas mereka menyatakan pendirian mereka menyeru penyokong Pulau Pinang untuk memboikot perlawanan seterusnya bagi memberi isyarat dan mesej keras kepada pihak pengurusan pasukan.

15 Faktor Kenapa Penyokong Pulau Pinang Perlu Memboikot Perlawanan Pasukan Mereka

1.Sikap pengurusan yang TIDAK LAGI memerlukan penyokong untuk ke stadium. Pengurusan hari ini juga penuh dengan ego dan bongkak dari mendengar keluhan penyokong.

2. Solidariti untuk penyokong yang bertindak diluar batasan diatas kegagalan pengurusan FAP. Dengan akal yang waras tindakan mereka bukan untuk melakukan rusuhan tetapi telah lama bersabar dengan pihak pengurusan yang menafikan suara penyokong.

3. Solidariti untuk para penyokong yang hingga ke hari ini bersusah payah untuk ke perlawanan away tetapi tidak di hargai dan dengan sinis mengata “boikot pi la”.

4. Solidariti untuk para pemain yang bermain sepenuh hati tetapi dinafikan dgn pemilihan local pemain (baru) dan import yg ternyata gagal. Malah dinafikan hal pemain yang dikatakan tidak memuaskan hati dan kehendak jurulatih seperti Faiz Subri dan Azrul Ahmad.

5. Tindakan jurulatih yang masih mempertaruhkan IMPORT BODOH Diogo dan Russel yang ternyata gagal berbanding pemain tempatan.

6. Penyokong hanya DITIPU dgn pemilihan pemain import yg dikatakan ingin melakukan percubaan sebaliknya semua import terus diambil dari pihak ejen.

7. Pengurusan masih lagi haru biru dgn Presiden yg masih menumpukan kerja-kerja politik beliau sekali gus tidak dapat ke Stadium untuk memberi semangat pada pemain dan memberi komitmen terhadap pasukan yang sedang kucar kacir.

8. Pengurus pasukan yang dijadikan kambing hitam untuk mengaburi mata penyokong dengan kesilapan pengurusan. Beliau juga tidak mempunyai pengalaman dalam hal bidang pengurusan.

9. Rekod terburuk di LIGA SUPER dengan LIMA KALI kekalahan yang belum pernah dialami mana-mana pasukan dlm Malaysia dan turut belum mendapatkan sebarang mata di Liga Super 2017

10. Pengurusan yang sehingga kini masih gagal mencari penaja dimana kemungkinan besar gaji pemain akan sangkut dalam tempoh terdekat.

11. Kegagalan pihak pemasaran /marketing dimana sehingga tamat  LIMA PERLAWANAN masih tiada jersi yg merupakan aset kepada pasukan.

12. Keegoan JURULATIH yang tidak ingin mendengar luahan para pemain dan gagal untuk merancang pasukan dengan sempurna.

13. Keegoan dgn dasar kuku besi pihak pengurusan yangg menghalang media dan penyokong berjumpa dengan pemain dan di interview oleh pihak media. Malah pemain dikatakan akan turut didenda jika gagal menuruti kehendak terbabit.

14. Tiada keharmonian dalam pasukan antara pemain, penyokong dan pengurusan yang haprak.

15. Pasukan Kejurulatihan yang tidak berwibawa, diimana jurulatih penjaga gol tiada pengalaman dan hanya berumur 27 tahun!

Diharapkan Pulau Pinang mampu untuk menyelesaikan apa saja masalah dalam yang berlaku untuk terus memberikan saingan dalam kancah Liga Super 2017. Haria Penang Haria!

Kredit kepada: Penang Brotherhood Facebook Page