Berita

Suning Commerce Group Beli 68.55% Pegangan Saham Inter Milan Bernilai €270 Juta

538383484

Buat kali kedua dalam masa 3 tahun, gergasi bola sepak Itali, Internazionale Milan, telah dibeli oleh agensi asing dan kali ini telah dijual kepada Suning Commerce Group – sebuah rangkaian perniagaan elektronik dari China.

Dengan 20% pegangan saham Suning Commerce Group adalah milik Alibaba, mereka telah berjaya mendapatkan penguasaan 68.55% pengangan di kelab itu yang dianggarkan berjumlah sekitar €270 juta. Ini bermakna mereka telah berjaya membeli pegangan majoriti dari presiden kelab, Erick Thohir dimana beliau hanya akan memiliki 30% pegangan sahaja. Bekas presiden Inter, Massimo Moratti juga dilaporkan akan meninggalkan kelab tersebut dan melepaskan semua pegangannya sebanyak 29.5%, mengakhiri hubungan selama 21 tahun bersama Inter Milan.

Alibaba-Suning-deal-and-partnership-1021x580

Moratti juga ada menyatakan kekecewaan beliau terhadap Erick Thohir dan melabelkan era dibawah presiden baru itu sebagai “peluang yang disia-siakan”. Ini berikutan satu laporan yang menyebut, sepanjang 3 tahun dibawah kepimpinan Erick Thohir, beliau hanya membelanjakan sebanyak €75 juta kepada kelab berbanding Moratti – €1.1 bilion sepanjang 18 tahun sebagai presiden Inter Milan.

Apabila Moratti melepaskan kesemua 29.5% pegangannya itu, akan menjadikan International Sports Capital dibawah Erick Thohir, sebagai pemegang saham majoriti tunggal dan mencipta sejarah Inter Milan apabila buat kali pertama kelab itu menjadi milik orang asing sepenuhnya.

Selain itu juga, Suning Commerce Group akan melangsaikan semua hutang kelab yang berjumlah €108 juta kepada Erick Thohir dan €230 juta kepada Goldman Sachs serta menyediakan peruntukan lumayan memperkuatkan pasukan itu.

538383474

Menurut pengerusi Suning Commerce Group, Zhang Jindong, pembelian Inter Milan ini adalah sebahagian daripada perancangan jangka panjang Suning Group dalam pembangunan industri sukan terutamanya bola sepak.

Ini akan membantu Suning berkembang ke peringkat antarabangsa.

Suning akan menyuntik dana pelaburan kepada Inter Milan supaya dapat menarik pemain-pemain berbakat untuk beraksi disini.