Liga Super Malaysia Berita

Buriram United belasah Sabah 8-2

Sabah memulakan pra-musim dengan kekalahan 8-2 kepada Buriram United dalam perlawanan ASEAN Charity Cup.

Sabah bolos 3 gol dalam separuh masa pertama menerusi jaringan Supachai Chaided pada minit ke-3, minit ke-26 dan Fejsal Mulic pada minit ke-39.

Penyerang Buriram, Guilherme Bissoli menjadikan kedudukan 4-0 dengan jaringan pada minit ke-48.

Sabah akhirnya menjaringkan gol pertama menerusi Stuart Wilkin pada minit ke-63 menjadikan kedudukan 4-1 namun Buriram menjaringkan gol kelima menerusi Nemanja Nikolic pada minit ke-68.

Sabah sekali lagi memecah kebuntuan apabila menjaringkan gol kedua menerusi Azhad Harraz pada minit ke-75 namun Nikolic sekali lagi menjaringkan gol seminit kemudian, menjadikan kedudukan 6-2.

Nikolic mencipta hatrik apabila menjaringkan gol ketiganya pada minit ke-88.

Kenny Dougall melengkapkan kemenangan Buriram dengan jaringan ke-8 pasukannya dalam masa tambahan.