Selangor mencatatkan kemenangan 3-2 ke atas PDRM dengan 10 orang pemain dalam perlawanan akhir pertama MFL Challenge Cup di Stadium MBPJ, Kelana Jaya.
Tuan rumah mendahului 2-0 dalam 20 minit pertama, dengan gol seawal minit ke-3 hasil jaringan Alvin Fortes.
Namun, Selangor terpaksa beraksi dengan 10 orang pemain apabila Safuwan Baharudin dilayangkan kad merah pada minit ke-11.
Namun, Selangor tidak berdepan masalah untuk menjaringkan gol apabila Fortes menambah gol kedua pada minit ke-18.
Kedudukan 2-0 itu tidak kekal lama apabila PDRM merapatkan jurang menerusi jaringan Shahrel Fikri pada minit ke-27 sebelum Badrul Affendy menjadikan kedudukan 2-2 dengan jaringan pada minit ke-39.
Selangor kembali di depan apabila Ali Olwan menjaringkan gol ketiga tuan rumah pada minit ke-51.
Kedudukan 3-2 kekal hingga tamat perlawanan.
Perlawanan final kedua akan berlangsung pada 22 Februari, minggu hadapan.