Liga Super Malaysia Berita

Selangor belasah Kuching City 4-0

Selangor mencatatkan kemenangan 4-0 ke atas Kuching City dalam saingan Liga Super di Kelana Jaya.
Keempat-empat gol dijaringkan oleh empat pemain import Selangor.
Selangor mendahului menerusi Ronnie Fernandez seawal minit ke-11, dengan kedudukan 1-0 kekal hingga tamat separuh masa pertama.
3 lagi gol dijaringkan pada separuh masa kedua menerusi Ali Olwan pada minit ke-67, diikuti Umar Eshmurodov pada minit ke-74.
Alvin Fortes melengkapkan kemenangan Selangor dengan jaringan pada minit ke-80.
Selangor kini meraih 22 mata daripada 10 perlawanan, 3 mata di belakang JDT.
Kuching City di tempat ke-4 dengan 14 mata daripada 10 perlawanan.