![](https://football-tribe.com/malaysia/wp-content/uploads/sites/13/2024/06/Kuching-City-vs-Selangor-e1719761898633-800x511.jpg)
Selangor dikejutkan dengan kekalahan kepada Kuching City 2-1 dalam perlawanan suku akhir pertama dalam Piala FA 2024-2025.
Selangor mendahului pada minit ke-31 menerusi jaringan Ronnie Fernandez.
Namun, Kuching bangkit daripada ketinggalan hasil jaringan James Okwuosa (45+3’) dan Jordan Mintah (64’) melengkapkan kemenangan pasukannya.
Selangor masih ada peluang untuk menebus kekalahan dalam perlawanan kedua pada 6 Julai, Sabtu ini.