Luar Negara

Ronaldo bakal jumpa kelab lama, Manchester United di Macedonia

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo berpeluang jumpa bekas kelabnya, Manchester United dalam perlawanan UEFA Super Cup 2017 yang melibatkan juara UEFA Champions League dengan UEFA Europa league di Macedonia pada 8 Ogos 2017.

Pasukan Manchester united menjuarai kejohanan Europa league apabila menewaskan pasukan Ajax Amsterdam, 2-0 pada 24 Mei yang lalu hasil jaringan daripada Paul Pogba dan Henrikh Mkhitaryan.

Skuad kendalian Zinedine Zidane juga menempah tiket ke UEFA Super Cup apabila beraksi cemerlang menewaskan pasukan Juventus dengan jaringan 4-1, Cristiano Ronaldo muncul sebagai hero apabila menjaringkan 2 gol untuk memastikan kemenangan yang selesa.

Real Madrid mencipta sejarah dalam bolasepak Sepanyol apabila memenangi kejohanan UEFA Champions League sebanyak 12 kali dan menempah tiket ke Super Cup buat kali kedua berturut-turut. Tahun lepas, mereka menjuarai UEFA Super Cup menewaskan pasukan Sevilla, 3-2.

Pertemuan di antara Real Madrid dengan Manchester United disifatkan sebagai pertemuan kali pertama sejak musim 2012-2013 dimana Manchester United tersingkir daripada saingan UEFA Champions League kepada Real Madrid dalam perlawanan yang cukup kontroversi ketika Nani dikeluarkan pada perlawanan timbal balik kedua di Old Trafford.

Kesimpulannya, ini adalah perlawanan yang paling ditunggu-tunggukan oleh seluruh peminat bolasepak di dunia pada 8 Ogos 2017.