Kylian Mbappe dikritik hebat oleh pelbagai pihak apabila beraksi hambar sepanjang beraksi dengan Perancis di Euro 2020.
Malah, beliau gagal menjaringkan sebarang gol dalam empat perlawanan, termasuklah sepakan penalti ketika menentang Switzerland di pusingan 16 terakhir sehingga juara dunia itu tersingkir dari kejohanan.
Penyerang berusia 22 tahun itu juga mencatatkan enam percubaan ketika menentang Switzerland tetapi tidak ada satu pun yang tepat, paling teruk berbanding mana-mana pemain.
Dalam 390 minit bola sepak di Euro, dia juga hanya mencatatkan tiga percubaan tepat dan mencipta hanya tujuh peluang.
Beliau juga hanya melengkapkan 84 hantaran dari 96 percubaan di seluruh Euro 2020. Dari 84 hantaran yang berjaya, hanya 19 berada dihantar ke hadapan dan 54 lagi semuanya tersasar.
Mbappe juga kehilangan bola sebanyak 62 kali dalam empat perlawanan, jumlah yang cukup mengejutkan.
Tidak cukup dengan itu, Mbappe turut dimarahi oleh ibu Adrien Rabiot ketika menyaksikan pasukan negaranya tersingkir.
Menurut penyiar berita Perancis, RMC Sport, ketegangan antara keluarga yang menonton di stadium di Bucharest bermula ketika Veronique Rabiot iaitu ibu dan bekas ejen Adrien dan orang-orang yang mengenalinya bertikam lidah keluarga Pogba.
Mula-mula, Veronique menyuarakan rasa tidak berpuas hati dengan Pogba kerana kehilangan bola sebelum Switzerland menjaringkan gol penyamaan. Beliau bertanya kepada keluarga Pogba bagaimana dia boleh kehilangan bola seperti itu, menyebabkan pertengkaran antara kedua-dua keluarga itu.
Kemudian, Veronique mengalihkan perhatiannya kepada Mbappe dan keluarganya selepas tamat perlawanan dan meminta mereka memberitahu anaknya supaya tidak bersikap sombong. Dia juga mengkritik beberapa wartawan berhampiran dengannya yang dianggapnya sebagai terlalu memuja Mbappe.
Ia menyebabkan ibu bapa Mbappe kurang senang dan tidak berpuas hati lalu turut membalas dengan kata-kata agresif terhadap Veronique.
Nampaknya, ibu Rabiot nampaknya bertengkar dengan beberapa keluarga pemain lain selama kira-kira 20 minit ketika mereka semua menyaksikan perlawanan itu di Bucharest, Romania.
Keluarga lain di sana mengatakan bahawa mereka terkejut dengan sikap Veronique.
Ketegangan nampaknya sudah berlaku sejak awal permainan, dengan pasukan keselamatan dilaporkan terpaksa meminta keluarga Paul Pogba untuk bertenang ketika mereka menunjukkan reaksi marah terhadap kesilapan yang dilakukan Adrien Rabiot.