Dalam keadaan peminat masih tertanya-tanya dengan status Matthew Davies sama ada beliau benar-benar sudah meninggalkan Pahang, beliau tampil mengesahkannya sendiri.
Menerusi akaun Instagramnya, pemain pertahanan kanan berusia 25 tahun itu mengumumkan hari ini merupakan hari terakhir beliau bersama Pahang.
https://www.instagram.com/p/B8oGXIpHBMS/?utm_source=ig_web_copy_link
“Amat sukar untuk saya mengucapkan dengan kata-kata, negeri ini amatlah bermakna buat saya dan betapa sukarnya untuk berpisah.
“Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan sepasukan saya, kakitangan Pahang FA dan terutama sekali para peminat.
“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Tengku Mahkota Pahang kerana selalu mempercayai saya dan membenarkan saya menjadi kapten pasukan ini sejak 2016.
“Pahang akan selamanya ada tempat yang istimewa di hati saya.”