Luar Negara

Berapa Hadiah Wang Tunai Yang Diterima Oleh Pasukan Yang Beraksi Dalam EURO 2016?

Berdasarkan pengumuman yang dibuat oleh UEFA Executive Comittee tahun lalu berkenaan hadiah wang tunai pada EURO 2016, jumlah wang tunai keseluruhan bagi kejohanan kali ini meningkat hampir 2 kali ganda berbanding edisi sebelum ini EURO 2012.

Pada edisi lepas jumlah keseluruhan hadiah wang tunai adalah berjumlah €196 juta sahaja, manakala bagi edisi 2016 ini ianya meningkat kepada €301 juta, peningkatan sebanyak 153%!

24 pasukan yang layak ke pusingan akhir EURO 2016 akan berkongsi hadiah wang tunai berjumlah €301 juta, berdasarkan prestasi dan kedudukan mereka dalam kejohanan di Perancis itu. Berikut merupakan pecahan kepada pasukan-pasukan yang bertanding:

1) Layak ke EURO 2016

  • Setiap pasukan yang layak akan menerima wang tunai berjumlah €8 juta.

2) Peringkat Kumpulan

  • Pada peringkat ini, pasukan yang bertanding akan menerima hadiah wang tunai berdasarkan “Performance Bonus”.
  • Setiap kemenangan, pasukan akan menerima wang tunai €1 juta manakala jika seri berjumlah €500,000.

3) Pusingan Kalah Mati / Round 16

  • Tiada ” Performance Bonus” diberikan dalam peringkat kalah mati
  • 16 pasukan yang layak ke pusingan 16 ini akan menerima wang tunai sebanyak €1.5 juta setiap pasukan.

4) Suku Akhir

  • 8 pasukan yang layak ke pringkat ini pula akan menerima wang tunai sebanyak €2.5 juta setiap pasukan.

5) Separuh Akhir

  • 4 pasukan terbaik yang layak ke separuh akhir akan menerima hadiah wang tunai berjumlah €4 juta setiap pasukan.

6) Final

  • Pasukan yang bergelar juara akan menerima hadiah sebanyak €8 juta, manakal naib juara akan menerima €5 juta.

Jika pasukan yang menjadi juara EURO 2016, juga menang 3 perlawanan peringkat kumpulan, mereka akan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah €27 juta!

Jumlah itu adalah €3.5 juta lebih banyak dari edisi EURO 2012 dimana juara menerima €23.5 juta sahaja.

campeones-eurocopa2

Nota: Edisi EURO 2012 Spain membawa pulang €23 juta hasil dari:

  • Layak ke EURO 2012: Menerima  €8 juta.
  • Peringkat kumpulan: 2 kali menang dan 1 seri. Setiap kemenangan menerima  €1 juta & seri  €500,000
  • Suku Akhir: Menang 2-0 keatas Perancis. Menerima  €2 juta.
  • Separuh Akhir: Menang penalti 4-2 keatas Portugal. Menerima  €3 juta.
  • Final: Menang 4-0 keatas Italy. Menerima  €7.5 juta.
  1. Spain – €23 juta
  2. Italy – €19.5 juta
  3. Germany – €16 juta
  4. Portugal – €15 juta
  5. England – €12.5 juta
  6. Czech Republic – €12 juta
  7. Greece, France – €11.5 juta
  8. Russia, Croatia – €10.5 juta
  9. Denmark, Ukraine – €10 juta
  10. Poland, Sweden – €9 juta
  11. Netherlands, Ireland – €8 juta

Jumlah Hadiah: €196 juta