Luar Negara

Bagaimana Format Peringkat Kalah Mati Euro 2016 Ditentukan?

Beautiful-Euro-2016-Wallpaper

Euro 2016 sudah membuka tirai semalam dengan tuan rumah Perancis telah berjaya meraih kemenangan pertama. Namun, masih ramai lagi yang masih tidak jelas bagaimana kriteria bagi menentukan pasukan mana yang akan layak ke pusingan kalah mati / 16 pasukan ke pusingan seterusnya.

Football Channel Malaysia cuba memberi penjelasan berkenaan perkara ini berdasarkan “rules & regulations” yang telah diluluskan oleh UEFA Executive Commitee di Bilbao, Sepanyol pada Disember 2013.

Kriteria pemilihan Juara & Naib Juara Kumpulan 

Nota: Kriteria ini hanya akan diambil kira jika 2 atau lebih pasukan mempunyai mata yang sama apabila tamat perlawanan peringkat kumpulan.

  1. Jumlah mata yang diperolehi dalam perlawanan peringkat kumpulan bagi pasukan berkenaan
  2. Jumlah perbezaan gol dalam perlawanan peringkat kumpulan bagi pasukan berkenaan
  3. Jumlah gol yang dijaringkan dalam perlawanan peringkat kumpulan bagi pasukan berkenaan
  4. Jika kriteria (1),(2) dan (3) masih tidak dapat menentukan ranking dalam kumpulan, kriteria (5),(6),(7) dan (8) akan diambil kira.
  5. Perbezaan gol yang lebih tinggi dalam semua perlawanan peringkat kumpulan
  6. Jumlah jaringan gol yang lebih tinggi dalam semua perlawanan peringkat kumpulan
  7. Fair Play
  8. Pasukan yang mempunyai UEFA Coefficient ranking yang lebih tinggi.

Penerangan

Contoh: Kumpulan A – Euro 2016

  • France
  • Romania
  • Albania
  • Switzerland

Apabila tamat semua perlawanan kumpulan A, 3 pasukan mempunyai jumlah mata yang sama ; France, Romania dan Switzerland, dan semua pasukan ini menewaskan Albania 2-0.

Keputusan perlawanan kumpulan A adalah seperti berikut:

France vs Romania 3-1
Swiss vs Albania 2-0
Romania vs Albania 2-0
Swiss vs France 3-2
Romania vs Swiss 2-1
France vs Albania 2-0

2016-06-12_0-35-40

Mengikut kriteria diatas, kita cuba menentukan pasukan mana yang akan menjadi juara dan naib juara kumpulan.

1) Ketiga-tiga pasukan mempunyai mata yang sama – tiada penyelesaian.

2) Jumlah perbezaan gol:

  • France menang 3-1 keatas Romania dan tewas 2-3 kepada Swiss. Jadi, jumlah perbezaan gol France adalah 1.
  • Bagi Romania pula, menang 2-1 keatas Swiss dan tewas kepada France 2-3. Jadi jumlah perbezaan gol adalah 0.
  • Swiss pula menang 3-2 keatas France dan tewas 1-2 kepada Romania. Jadi, perbezaan gol adalah 0.
  • Dari sini dapat kita dapat mengenal pasti, France sebagai juara kumpulan. Manakala naib juara masih gagal ditentukan. Terus ke kriteria berikutnya.

3) Jumlah jaringan gol:

  • Diantara Swiss dan Romania sahaja.
  • Romania menang 2-1 keatas Swiss
  • Romania akan bergelar naib juara kumpulan A dan Swiss kedudukan ketiga.

4) Jika masih gagal ditentukan, maka peraturan berikut akan diambil kira.

5) Jumlah perbezaan gol yang lebih tinggi dalam semua perlawanan kumpulan A.

  • Andai kata Romania dan Swiss masih lagi terikat selepas peraturan 3, maka perbezaan gol yang lebih besar akan menentukan siapa naib juara. Dari jadual diatas Swiss akan bergelar naib juara kerana mempunyai jumlah perbezaan gol yang lebih tinggi (2 gol) berbanding Romania.

6) Jumlah jaringan gol dalam semua perlawanan kumpulan A.

  • Jika Romania dan Swiss masih lagi terikat, jumlah gol dijaringkan akan dikira. Sekali lagi, mengikut jadual diatas, Swiss akan bergelar naib juara kerana menjaringkan 6 gol berbanding Romania 5 gol.

7) Fair Play Point

  • Ada 6 perkara yang akan dikira dalam menentukan Fair Play Point.
  • Kad Kuning & Merah: Setiap kad kuning akan ditolak 1 mata dan kad merah 3 mata, dari maksimum 10 mata.
  • Positive Play : Maksimum 10 mata & minimum 1 mata berdasarkan kriteria yang ditetapkan.
  • Respect for the opponents: Maksimum 5 mata & minimum 1 mata
  • Respect for the referee team: Maksimum 5 mata & minimum 1 mata
  • Behaviour of the team officials: Maksimum 5 mata & minimum 1 mata
  • Behaviour of the crowd: Maksimum 5 mata & minimum 1 mata
  • Cara kiraan: Jumlah mata yang diperolehi akan dibahagikan dengan 40 mata dan didarabkan dengan 10.
  • Contoh: Romania memperolehi [ 6 + 7 + 3 +4 +3 +3 = 26 mata ]. Seterusnya [(26/40) x 10 = 6.5 mata]. Pasukan yang memperolehi mata lebih tinggi akan dikira sebagai pasukan yang layak.

8) UEFA Coefficient ranking.

Jika sampai ke tahap ini, bermakna pasukan yang memiliki ranking lebih rendah terpaksa “menyerah kalah” secara terhormat.

2016-06-12_1-24-18

Nota: Jika 2 pasukan yang mempunyai jumlah mata, jumlah gol dijaringkan dan jumlah bolos yang sama beraksi dalam perlawanan terakhir kumpulan dan masih lagi tidak ditentukan kedudukan akhir, maka, sepakan penalti akan menentukan kedudukan akhir mereka dengan syarat tiada pasukan ketiga yang mempunyai jumlah mata yang sama.

Penentuan 4 Pasukan Ke 3 Terbaik

Selepas tamat peringkat kumpulan, 12 pasukan sebagai juara dan naib juara akan layak ke pusingan kalah mati. 4 lagi pasukan akan ditentukan berdasarkan kedudukan ketiga terbaik mengikut syarat-syarat dibawah:

  1. Jumlah mata yang paling tinggi
  2. Jumlah perbezaan gol yang lebih besar
  3. Jumlah jaringan gol yang lebih besar
  4. Fair Play Points
  5. UEFA Coefficient ranking.

Setelah 4 pasukan ketiga terbaik dapat dikenal pasti, saingan peringkat kalah mati / Round 16 dapat ditentukan berdasarkan jadual dibawah.

Format perlawanan peringkat kalah mati

  1. Perlawanan 1: Naib Juara Kumpulan A  vs Naib Juara Kumpulan C
  2. Perlawanan 2: Juara Kumpulan D vs  Tempat Ketiga [Kumpulan B/E/F]
  3. Perlawanan 3: Juara Kumpulan B vs Tempat Ketiga [Kumpulan A/C/D]
  4. Perlawanan 4: Juara Kumpulan F vs Naib Juara Kumpulan E
  5. Perlawanan 5: Juara Kumpulan C vs Tempat Ketiga [Kumpulan A/B/F]
  6. Perlawanan 6: Juara Kumpulan E vs Naib Juara Kumpulan D
  7. Perlawanan 7: Juara Kumpulan A vs Tempat Ketiga [Kumpulan C/D/E]
  8. Perlawanan 8: Naib Juara Kumpulan B vs Naib Juara Kumpulan F

Persoalan: Bagaimana menentukan 3BEF, 3ACD, 3ABF dan 3CDE?

Lawan kepada Juara Kumpulan A,B,C dan D pada peringkat kalah mati ditentukan berdasarkan jadual dibawah.

Jika 4 pasukan tempat ketiga terbaik dari kumpulan A/B/C/D, maka Juara Kumpulan A akan bertemu pasukan tempat ketiga dari kumpulan C, Juara Kumpulan B akan bertemu pasukan tempat ketiga dari kumpulan D, Juara Kumpulan C bertemu pasukan tempat ketiga dari kumpulan A dan Juara Kumpulan D akan bertemu pasukan tempat ketiga dari kumpulan B.

 

1 2 3 4 5
4 Pasukan Tempat Ketiga Terbaik Juara Kumpulan A Juara Kumpulan B Juara Kumpulan C Juara Kumpulan D
ABCD 3C 3D 3A 3B
ABCE 3C 3A 3B 3E
ABCF 3C 3A 3B 3F
ABDE 3D 3A 3B 3E
ABDF 3D 3A 3B 3F
ABEF 3E 3A 3B 3F
ACDE 3C 3D 3A 3E
ACDF 3C 3D 3A 3F
ACEF 3C 3A 3F 3E
ADEF 3D 3A 3F 3E
BCDE 3C 3D 3B 3E
BCDF 3C 3D 3B 3F
BCEF 3E 3C 3B 3F
BDEF 3E 3D 3B 3F
CDEF 3C 3D 3F 3E