Luar Negara Berita

Liga Juara-Juara : Liverpool dalam kumpulan maut?

Liverpool mungkin akan di undi bersama-sama dengan Real Madrid pada aksi kumpulan Liga Juara-Juara musim ini.

Majlis undiang yang akan berlangsung pada 29 Ogos nanti di Monaco menyaksikan Liverpool berada di balang 1.

Pasukan kendalian Jurgen Klopp dijangka akan mendapat tempat bersama-sama dengan Real Madrid, bekas pasukan gergasi Itali Inter Milan dan juga wakil Bundesliga, RB Leipzig.

Dalam situasi berbeza, Liverpool mungkin akan mendapat lawan mudah jika diundi bersama-sama dengan Shakhtar Donetsk, Club Brugge dan Young Boys.

Senarai pasukan Liga Juara-Juara

Balang 1: Liverpool, Chelsea, Barcelona, Bayern Munich, Juventus, Manchester City, Paris Saint-Germain, Zenit.

Balang 2 (tidak dipastikan): Real Madrid, Atletico Madrid, Borussia Dortmund, Napoli, Shakhtar Donetsk, Tottenham, Ajax, Benfica.

Balang 3 (tidak dipastikan): Lyon, Bayer Leverkusen, Salzburg, Olympiacos, Club Brugge, Valencia, Inter Milan, Dinamo Zagreb.

Balang 4 (tidak dipastikan): Lokomotiv Moscow, Young Boys, Genk, Galatasaray, RB Leipzig, Slavia Prague, Atalanta, Lille.