Kolum

Neymar dan Dembele : Dua pemain ‘lemah lembut’

Neymar dan Ousmane Dembele adalah dua pemain yang berbeza, seorang lahir di Brazil, manakala seorang lagi lahir di Perancis.

Tetapi mereka mempunyai persamaan yang sama, masing-masing adalah pemain bola sepak yang hebat dan masing-masing juga pemain bola sepak yang banyak dilanda kecederaan.

Adakah otot mereka terlalu lembut atau mereka yang terlalu lemah?

Terbaharu, Dembele bakal diketepikan oleh Barcelona dalam tempoh lima minggu selepas mengalami kecederaan paha.

Beliau bakal diketepikan dalam tiga perlawanan melibatkan Real Betis, Osasuna dan Valencia.

Manakala pemain Paris Saint-Germain (PSG), Neymar bermain lebih enam perlawanan berbanding Dembele telah kembali ke skuad utama.

Tetapi dalam dua musim bersama PSG, beliau berjaya mendominasi senarai kecederaan kelab dengan tempoh yang panjang.

Dembele selalu mempunyai rekod permulaan musim yang tidak baik akibat kecederaan.

Pada musim pertama beliau di Catalan, bekas pemain Borrusia Dortmund disisihkan daripada skuad utama selama tiga bulan.

Sebulan selepas itu, beliau terpaksa diketepikan lagi dalam 26 perlawanan akibat daripada kecederaan.

Neymar menghabiskan tiga bulan untuk kembali pulih selepas mengalami patah kaki pada 2018.

Beliau diketepikan lagi pada awal tahun ini dengan kecederaan yang sama di mana PSG tewas di tangan Manchester United pada aksi Liga Juara-Juara

Kecederaan otot dan kaki adalah antara punca mengapa mereka berdua terpaksa diketepikan begitu lama.