Malaysia Berita

Kedah ikat dua pemain dengan nilai RM5 juta setiap seorang

Dua pemain muda harapan Kedah, Mohammad Fayadh Zulkifli dan Mohd Fadzrul Danel bakal mendapat kontrak baharu bersama Helang Merah dengan nilau tebus kontrak dilaporkan sebanyak RM5 juta setiap seorang.

Perkara ini diumumkan oleh Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Mohd Asmirul Anuar Aris di laman rasmi Facebook pasukan Kedah dengan lanjutan kontrak selama tiga hingga ke lima tahun.

“Lanjutan kontrak kedua- dua pemain yang kini berusia 21 tahun itu juga akan turut disertakan dengan harga tebus nilai sebanyak RM5 juta bagi kedua-dua pemain selaras potensi dan juga bakat mereka miliki.” Katanya.

Dalam perkembangan yang sama, beliau turut menyatakan proses lanjutan bakal diadakan selepas aksi Piala FA menentang Felda semalam.

Langkah ini dilihat sebagai sebahagian daripada misi KFA untuk menjaga kebajikan bakat muda yang bernaung di bawah persatuan terbabit.