Luar Negara Berita

Messi akui, masih terasa luka di ratah Liverpool

Lionel Messi dalam satu temuramah terbarunya menyatakan rasa luka disingkir Liveprool pada separuh akhir Liga Juara-Juara masih terasa.

Biarpun telah memenangi La Liga serta dalam perjalanan merebut taktha Piala Raja Sepanyol menentang Valencia awak pagi esok tetapi ia tidak mampu memadam luka yang ditinggalkan Liverpool dengan kekalahan 4-0 di tempat lawan.

“Saya sejujur-jujurnya percaya bos (Valverde) sudah melakukan tugas yang mengagumkan sepanjang tempohnya di sini,” kata Messi. “Saya fikir kekalahan kepada Liverpool, beliau sepatutnya tidak perlu dipersalahkan, kami adalah orang yang patut dipersalahkan kerana perlawanan itu.”

“Ia boleh berlaku bagi tahun pertama, tetapi dua tahun berturut-turut ia tidak boleh dimaafkan. Bos jelas akan menjadi sasaran menjadi orang yang dipersalahkan tetapi pemain lebih daripada itu.

“Saya sukar jika beliau meneruskannya. Tahun lalu, kami memenangi kejuaraan berganda sekali pun kami terkejut dengan penyingkiran di Liga Juara-Juara, tahun ini kami boleh menang sekali lagi.

“Jika kamu melihat dua tahun ini, ada beberapa perlawanan yang buruk, tetapi selebihnya adalah bagus.” Katanya