Liga Super Malaysia Berita

Melaka tundukkan Perak di Ipoh

Melaka United berjaya mengejutkan pasukan tuan rumah, Perak dengan kemenangan 3-2 pada aksi Liga Super di Stadium Perak, Ipoh.

Kemenangan ini berjaya memberi suntikan semangat kepada skuad Melaka setelah tumbang kepada Kedah minggu lalu.

Bagi pasukan Perak, ia adalah kekalahan kedua di laman sendiri pada musim ini.

Pada perlawanan tersebut, Perak berjaya mendahului seawal minit ke-18 menerusi Brendan Gan hasil daripada rembatan kencang luar kotak penalti.

Melaka United berjaya mencari gol penyamaan menerusi Mohd Nazrin Nawi hasil dari sepakan percuma yang menumpaskan Khairul Amri Salehuddin.

Sebelum tamat babak kedua, Patrick Reichelt berjaya membawa Melaka mendahului permainan dengan gerakan solo yang menumpaskan penjaga gol Perak.

Pada separuh masa kedua, J Partiban berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-57 sebelum Reichelt sekali lagi menjadi watak pemusnah dengan gol kemenangan yang berpihak kepada Melaka United.