Piala Dunia 2018 Luar Negara

Tujuh wonderkid Piala Dunia yang gagal berkembang setelah menyertai kelab besar

Piala Dunia memang menjadi pentas baru buat pemain-pemain muda.

Mereka mula menampilkan permainan mereka untuk dilihat kelab-kelab besar, sebelum berpeluang untuk meraih kejayaan apabila dipinang ke pasukan baru.

Namun, mereka harus berwaspada dalam memilih kelab kerana nama besar bukan jaminan dan pastinya pemain-pemain muda pada hari ini mahu mengelakkan nasib mereka menjadi sama seperti barisan di bawah.

Kleberson

Kleberson meraih kejayaan apabila meraih pingat Piala Dunia pertamanya bersama Brazil pada usia muda. Pengendali ketika itu, Luiz Felipe Scolari, menyifatkannya sebagai salah satu faktor kejayaan pasukan Samba di Jepun dan Korea Selatan. Manchester United lantas mendapatkannya tetapi ternyata Kleberson gagal memenuhi jangkaan terhadapnya.

El Hadji Diouf

El hadji Diouf merupakan salah seorang pemain berharga di Piala Dunia 2002. Ketika itu, dia berjaya membawa Senegal sehingga ke suku akhir dan menyertai pasukan terbaik kejohanan. Bagaimanapun, selepas menyertai Liverpool, segalanya tidak lancer. Dia hanya mencatatkan tiga gol dalam 69 penampilan bersama The Reds.

Memphis Depay

Pemain ini mempunyai aura kejayaan yang dibawa bekas pengurusnya dalam skuad kebangsaan Belanda, Louis Van Gaal, ke Manchester United. Muncul selaku penjaring terbanyak dan menjulang trofi Eredivisie pada musim terakhirnya di PSV Eindhoven, Depay gagal menyinar bersama pasukan barunya itu. Dia bernasib baik apabila kembali menemui sentuhan sejak berhijrah ke Lyon.

Robinho

Hampir sama seperti kebanyakan penyerang Brazil, Robinho dijangka menjadi pengganti Pele. Malangnya, dia gagal memenuhi harapan yang diberikan. Robinho telah menyertai Real Madrid sebelum Piala Dunia 2006, namun selepas melalui musim pertama yang hebat, karier Robinho tampak merudum.

Divock Origi

Dia dibawa oleh Belgium ketika Piala Dunia 2014. Walaupun tidak menjadi pilihan utama, Origi menjadi penentu kemenangan ke atas Russia dalam peringkat kumpulan dan membawa pasukannya ke pusingan kedua. Selepas tamat Piala Dunia, dia berhijrah ke Liverpool, dipinjamkan kembali ke Lille, berpeluang untuk mempamerkan sentuhan di Liga Perdana Inggeris, sebelum akhirnya gagal dan dipinjamkan semula.

Eric Djemba-Djemba

Djemba-Djemba merupakan sebahagian daripada skuad Cameroon yang menjulang trofi Piala Afrika 2002 dan naib juara Piala Konfederasi 2003. Kegemilangannya bersama skuad kebangsaan telah menarik perhatian Sir Alex Ferguson dan akhirnya dia dibawa ke Manchester United. Namun, pengendali legenda itu tidak menjangka Djemba-Djemba akan beraksi buruk dan ia disebutkan sebanyak dua kali.

Eljero Elia

Seorang lagi pemain Belanda yang gagal memenuhi harapan besar. Elia dibawa ke Piala Dunia 2010 dan menjadi watak utama di sebalik gol kedua pasukanya sewaktu berdepan Denmark. Juventus menjadi pasukan pertama yang mendapatkannya, namun dia gaga beraksi dengan baik di Turin dan walaupun pasukannya melalui musim tanpa kalah, Elia memilih untuk berpindah ke kelab lain.