Liga Super Malaysia Berita

TMJ: JDT bukan sekadar sebuah kelab bola sepak

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim menganggap kelab JDT yang diterajuinya sejak 2013 bukanlah sekadar sebuah kelab bola sepak semata-mata.

Beliau berkata, JDT membawa nama yang mampu menarik minat penaja dan pelabur antarabangsa.

Ini selepas TMJ mengumumkan bahawa JDT sudah berjaya memeterai kerjasama dengan sebuah organisasi antarabangsa.

“Apa yang akan berlaku esok (hari ini) adalah sesuatu yang bersejarah,” katanya seperti terpapar di Johor Southern Tigers.

“Bagi saya, keutamaan adalah nilai komersial kelab di mana kelab juga dikenali di seluruh dunia, bukan sahaja dalam dunia bola sepak tetapi dalam dunia komersial juga.

TMJ menganggap menandatangani pemain sahaja tidak mencukupi sebaliknya sesebuah pasukan bola sepak perlu mengukuhkan kewangan dan meningkatkan lagi jenama kelab, secara tidak langsung dapat membantu pasukan berjaya di atas padang.

“Mentaliti saya dan sesetengah pihak dalam negara berbeza. Sebagai contoh, semua kelab boleh menandatangani pemain bola sepak tetapi bukan semua kelab mendapat pengiktirafan daripada jenama-jenama terkemuka antarabangsa.

“Kejayaan komersial, jenama dan aset kelab adalah yang pertama. Jikalau kelab tiada duit, kelab tidak dapat menandatangani pemain dan tanpa pemain yang bagus, pasukan tidak dapat mencapai kejayaan di dalam padang.

“Brand awarenes’ juga bermaksud pengiktirafan bahawa peranan JDT adalah lebih besar daripada hanya sebuah kelab bola sepak.”