Luar Negara Piala Dunia 2018

Kante ada 15 paru-paru, kata Pogba

Pemain tengah Perancis, Paul Pogba menghamburkan pujian kepada rakan senegaranya, N’Golo Kante dengan mendakwa pemain Chelsea itu mempunyai 15 paru-paru.

Pujian itu diluahkannya selepas Perancis menewaskan Peru 1-0 di Yekaterinburg sekali gus layak ke peringkat kalah mati.

“Kami semua sangat serasi bersama. Tapi dengan NG (Kante) ia lebih mudah, beliau berlari ke mana sahaja, saya rasa beliau mempunyai 15 paru-paru,” kata Pogba.

“Bola sepak sentiasa menjadi mudah apabila ada pemain seperti itu, ia satu persembahan yang hebat dari satu pasukan,” katanya.

“Kami sudah memenangi dua perlawanan setakat ini, tapi anda boleh lihat beberapa pasukan besar di sini gagal melakukannya,” katanya.

Kylian Mbappe menyifatkan bermain di Piala Dunia sebagai “mimpi jadi kenyataan” selepas sensasi remaja itu membantu Perancis menewaskan Peru 1-0, awal pagi tadi.

Kemenangan membawa Perancis yang dianggap salah satu calon juara ke peringkat 16 terakhir, menyertai Uruguay dan Russia tatkala langkah Peru ke peringkat berikutnya sudah pun tertutup.

Di usia 19 tahun 183 hari, penyerang Paris Saint-Germain itu membuktikan bakat yang dimilikinya dan menjadi pemain termuda Perancis menjaringkan gol di Piala Dunia.

Skuad kendalian Didier Deschamps itu dijadual bertemu Denmark pada perlawanan terakhir Kumpulan C, minggu depan tetapi kemaraan ke peringkat seterusnya sudah pun disahkan lebih awal susulan dua kemenangan daripada dua perlawanan.

“Saya sentiasa berkata yang Piala Dunia adalah impian untuk semua pemain dan ia sama untuk saya juga, ia adalah mimpi jadi kenyataan dan saya berharap akan ada hari-hari seperti ini lagi,” kata Mbappe.

Deschamps, yang tersenyum lebar mengakui skuad kendaliannya tertekan pada 20 minit terakhir perlawanan tetapi gembira mereka tidak mengalah.

Bagi penjaring gol kemenangan, Kylian Mbappe menyifatkannya sebagai mimpi jadi kenyataan.

Di usia baharu mencecah 19 tahun dan 183 hari, penyerang Paris Saint-Germain itu membuktikan bakat yang dimilikinya dan menjadi pemain termuda Perancis menjaringkan gol di Piala Dunia.

“Saya sentiasa katakan yang Piala Dunia adalah impian untuk semua pemain dan ia sama untuk saya juga, ia adalah mimpi jadi kenyataan dan saya berharap akan ada hari-hari seperti ini lagi,” kata Mbappe.-AFP