Naturalisasi sana, naturalisasi sini! Banyak kisah naturalisasi boleh dikatakan berlaku di sana sini, seantero dunia. Kisah naturalisasi paling panas tetapi paling tiada memberi kesan? Diego Costa-lah! Dalam artikel kami sebelum ini juga, kami ada sebut nama dua orang pemain naturalisasi pasukan Hong Kong.
Jadi, apakah itu naturalisasi? Kami ada jawapannya, di bawah sana! Artikel ini akan menekankan definisi naturalisasi, isu-isu menarik tentang naturalisasi dan banyak lagi. Tunggu apa lagi? Moh kita terjah artikel ini!
DEFINISI NATURALISASI (BERSERTA CONTOH)
Naturalisasi atau dwi-kerakyatan adalah satu keadaan di mana seseorang pemain itu mewakili negara yang berbeza daripada negara yang diwakilinya ketika ini. Menurut apa yang terkandung dalam FIFA Statues, pemain itu digelar pemain naturalisasi apabila memenuhi kondisi-kondisi berikut;
- Tinggal di negara itu selama sekurang-kurangnya 5 tahun selepas usianya 18 tahun
- Ibu, bapa, nenek atau datuk mempunyai kewarganegaraan negara yang bakal diwakili
- Tidak pernah mewakili negara yang diwakili ketika ini di peringkat antarabangsa
Adnan Januzaj, penulis letakkan sebagai contoh bagi isu naturalisasi kali ini. Adnan Januzaj merupakan pemain yang memiliki banyak peluang kerakyatan seperti Albania dan Kosovo tetapi memilih Belgium sebagai pemain yang lahir di sana dan memiliki passport Belgium.
PERKARA YANG MENGHALANG PEMAIN ITU BERTUKAR KERAKYATAN
Dalam kes Januzaj juga, England dibawah Roy Hodgson pernah cuba untuk menarik minat Januzaj mewakili mereka tetapi FIFA menghalang atas beberapa syarat. Antaranya;
- Bermain di perlawanan rasmi kelas ‘A’ di peringkat antarabangsa
- Berada di negara itu kurang daripada 5 tahun
- Tiada hubungan jelas untuk seseorang pemain itu bertukar kerakyatan atas dasar keluarga
Adik-beradik Xhaka boleh dikaitkan dengan syarat yang ketiga. Contohnya, Granit Xhaka mewakili Switzerland manakala Taulant Xhaka mewakili Albania. Kenapa? Granit memilih Switzerland kerana lahir di situ manakala Taulant memilih Albania atas dasar keluarga dan ‘nasihat’ Granit.
ISU PENYALAHGUNAAN NATURALISASI TIMOR LESTE
Timor Leste berjaya mencipta nama di Asia Tenggara apabila kedudukan pasukan mereka mulai meningkat satu demi satu. Biarpun begitu, rakyat Timor Leste tidak dengan berita-berita kejayaan pasukan kebangsaan mereka! Mengapa?
Hal ini demikian kerana isu penyalahgunaan naturalisasi yang Timor Leste lakukan! Penulis boleh gelarkan pasukan kebangsaan Timor Leste sebagai ‘pasukan kedua Brazil’. Kenapa?
7 orang pemain Brazil telah dinaturalisasikan dan dijadikan pemain kebangsaan Timor Leste hasil hubungan baik mereka dengan staf kejurulatihan. Mereka hanya perlu tinggal sehari dan terima sijil pengenalan palsu yang disediakan oleh kerajaan Timor Leste!
Namun, benarlah kata pepatah, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua! Tindakan Timor Leste itu berjaya ditangkap oleh FIFA dan bakal berdepan dengan hukuman berat daripada badan berkuasa itu.
ADAKAH PERLU BAGI MALAYSIA MENGGUNAKAN KHIDMAT NATURALISASI?
Ya! Itu jawapan penulis bagi persoalan retorik yang saya ajukan sendiri di atas. Malaysia nampaknya gagal untuk menguruskan pemain Malaysia dari segi permakanan yang menyebabkan saiz badan pemain terbantut!
Lagipun, Malaysia kini nampaknya memiliki masalah dari segi kemampuan teknikal yang mana pemain Malaysia tidak mempunyai asas bola sepak yang cukup dan tiada kebolehan untuk menjadi lebih baik.
Kekurangan dari segi kefahaman taktikal juga menjadi faktor utama penulis menggalak penggunaan pemain naturalisasi kerana pemain Malaysia ternyata tidak faham tentang permainan secara ‘free flow football’.
Namun begitu, naturalisasi hanyalah sekadar pelan jangka pendek buat Malaysia untuk menjadi sebuah pasukan yang lebih baik! Pelan jangka panjang? Pemain-pemain National Football Development Programme (NFDP) yang dilatih oleh Lim Teong Kim. Kenapa? Mereka dalam proses untuk menjadi pemain yang hampir lengkap!
SENARAI PEMAIN NATURALISASI YANG DIBENARKAN UNTUK MEWAKILI MALAYSIA
Sebagai bonus untuk artikel kali ini, penulis akan menyenaraikan seberapa ramai pemain yang dibenarkan untuk mewakili Malaysia! Mereka antaranya :
- Daniel Ting (Johor DT II)
- Sam Somerville (Johor DT II)
- Curran Ferns (Johor DT II)
- Ernest Wong (Johor DT II)
- Putera Nadher Amarhan (Johor DT I)
- Francisco Insa (Pahang FA)
- Matthews Davies (Pahang FA)
- Khair Jones (Melaka United)
- Tam Sheang Tsung (Melaka United)
- Tadashi Takeda (Fagiano Okayama)
- Wan Kuzain Wan Kamal (Sporting Kansas City)
- Brendan Gan (Kelantan)
- Dion Cools (Club Brugge)
- Kevin Gunter (Johor DT II)
- Darren Lok (Johor DT II)
- Shazlee Ramlee (Pulau Pinang)
Shaun Maloney tiada dalam senarai kerana tidak dibenarkan menukar kerakyatan atas dasar mewakili Scotland dalam perlawanan rasmi.