Dalam artikel Laluan Malaysia Jika Mahu Layak Ke Piala Asia 2019 yang lalu, Football Channel Malaysia telah memberi penerangan ringkas berkenaan bagaimana ‘flow’ Malaysia untuk layak ke Piala Asia 2019 nanti.
Semalam, semua pasukan yang telah layak ke peringkat akhir kelayakan Piala Asia 2019 telah diumumkan secara rasmi. Berdasarkan kedudukan FIFA Ranking, Malaysia (156) telah diletakkan dalam balang ke 3 dari 4 kesemuanya.
Secara keseluruhannya,
- 24 pasukan akan bersaing dalam pusingan akhir kelayakan Piala Asia 2019.
- Semua pasukan akan diundi kepada 6 kumpulan yang mempunyai 4 pasukan setiap kumpulan.
- Juara dan Naib Juara setiap kumpulan akan layak ke Piala Asia 2019.
Perlawanan Peringkat Kumpulan
- Matchday 1 pada 28 Mac 2017
- Matchday 2 pada 13 Jun 2017
- Matchday 3 pada 5 September 2017
- Matchday 4 pada 10 Oktober 2017
- Matchday 5 pada 14 November 2017
- Matchday 6 pada 27 Mac 2018
Pasukan Layak Automatik?
12 pasukan sudah mengesahkan penyertaan mereka secara automatik apabila mara ke pusingan akhir kelayakan Piala Dunia Russia 2018.
- Australia
- Jepun
- Korea Selatan
- China
- Thailand
- UAE
- Arab Saudi
- Qatar
- Uzbekistan
- Syria
- Iraq
- Iran
Undian rasmi pusingan akhir kelayakan Piala Asia 2019 akan diadakan pada 23 Januari 2017 di Abu Dhabi, UAE.
Kedudukan ranking yang tinggi itu cukup penting bagi sesebuah negara terutama apabila dalam proses undian sesuatu kejohanan diadakan. Kedudukan ranking yang baik juga membolehkan sesebuah negara itu ‘mengelak’ dari bertemu lawan yang lebih kuat seterusnya membuka lebih peluang untuk pasukan mereka mara lebih jauh dalam kejohanan itu.
Satu-satunya negara ASEAN yang berada dalam balang pertama undian kelayakan akhir Piala Asia 2019 adalah Filipina yang berkedudukan 117 dalam FIFA ranking.
Nota: Thailand telah layak secara automatik apabila beraksi dalam pusingan akhir kelayakan Piala Dunia Russia 2018.