Liga Super Malaysia

Chelsea juara UEFA Conference League 2024-2025

Chelsea menjulang trofi UEFA Conference League selepas bangkit menewaskan Real Betis 4-1 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Wroclaw, Poland.

Real Betis menjaringkan gol pendahuluan seawal minit ke-9 menerusi jaringan Abde Ezzalzouli dengan kedudukan 1-0 kekal hingga awal separuh masa kedua.

Chelsea akhirnya menyamakan kedudukan pada minit ke-65 menerusi jaringan Enzo Fernandez.

Lima minit kemudian, Nicholas Jackson menambah gol kedua meletakkan Chelsea di depan dengan 2-1.

Jadon Sancho menamatkan harapan Real Betis apabila menjaringkan gol ketiga pada minit ke-83.

Moises Caicedo melengkapkan kemenangan dengan jaringan pada masa tambahan.

Kemenangan ini menyaksikan Chelsea menjulang semua trofi di Eropah iaitu Champions League, Europa League, Super Cup, Cup Winners Cup dan Conference League.