
Pahang mara ke final Piala Malaysia selepas menewaskan Sabah 2-1 dengan agregat 3-2 selepas beraksi 120 minit di Temerloh.
Ini kali ke-9 Pahang mara ke final Piala Malaysia, selepas kali terakhir pada 2014.
Pahang mendahului menerusi gol sendiri Park Taesu pada minit ke-72.
Namun, Sabah menyamakan kedudukan menerusi S Kumaahran pada minit ke-77.
Kedudukan terikat 1-1 memaksa perlawanan diteruskan sehingga 30 minit masa tambahan.
Gol kemenangan Pahang dijaringkan oleh Kpah Sherman pada minit ke-107.
Ini kali kedua Pahang dan JDT bertemu di perlawanan akhir Piala Malaysia selepas bertemu pada 2014.