Piala Malaysia Berita

JDT mara ke final Piala Malaysia 2025

JDT mara ke final Piala Malaysia selepas menewaskan Terengganu 2-1 di Stadium Sultan Ibrahim.

Kemenangan itu menjadikan keputusan 6-1 secara agregat.

JDT mendahului menerusi Heberty pada minit ke-31 sebelum Ismahil Akinade menyamakan kedudukan pada minit ke-59.

Heberty melengkapkan kemenangan dengan jaringan di minit-minit akhir perlawanan.

Keputusan itu menyaksikan JDT mara ke final Piala Malaysia buat kali ke-5 berturut-turut dan akan membuat kemunculan kali ke-7 dalam sejarah.

JDT menyasarkan untuk menjulang Piala Malaysia buat kali kelima selepas memenanginya pada 2017, 2019, 2022 dan 2023.

JDT menang 4 kali dan tewas 2 kali dalam 6 perlawanan final Piala Malaysia setakat ini.

Juara Piala Malaysia sejak 2014
2014 Pahang
2015 Selangor
2016 Kedah
2017 JDT
2018 Perak
2019 JDT
2021 KL City
2022 JDT
2023 JDT