
Kedudukan skuad negara naik satu anak tangga dalam ranking terbaru FIFA bagi bulan November 2024.
Malaysia kini di tangga 132 dunia, melonjak naik 1 anak tangga berbanding 133 pada ranking terdahulu, 24 Oktober 2024.
Peningkatan itu hasil kemenangan 3-1 ke atas Laos dan keputusan seri 1-1 menentang India.
Malaysia berpeluang untuk meningkatkan ranking pada bulan Disember melalui Piala AFF 2024.
Ranking akan dikemas kini seterusnya pada 19 Disember 2024.