Malaysia terikat seri 1-1 dengan India dalam perlawanan persahabatan yang berlangsung di Gachibowli, Hyderabad.
Skuad negara mendahului seawal minit ke-19 menerusi Paulo Josue.
Namun, India menyamakan kedudukan menerusi Rahul Bheke pada minit ke-38.
Kedudukan 1-1 kekal di separuh masa pertama.
Kedua-dua pasukan mencari gol kemenangan di separuh masa kedua, namun kedudukan 1-1 kekal hingga tamat perlawanan.
Malaysia akan kembali beraksi dalam Piala AFF 2024 pada Disember ini.