Liga Super Malaysia Berita

Selangor jaringkan gol saat akhir tewaskan Sabah

Selangor mencatatkan kemenangan dramatik 2-1 ke atas Sabah dalam saingan Liga Super 2024-2025.
Ia kemenangan ke-6 buat Selangor dalam liga musim ini dalam 9 perlawanan.
Sabah mendahului menerusi gol sendiri Safuwan Baharudin pada minit ke-27 sebelum Selangor menyamakan kedudukan menerusi Ronnie Fernandez pada minit ke-32.
Harith Haiqal muncul wira apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-86, dengan kedudukan 2-1 kekal hingga tamat perlawanan.
Selangor mengukuhkan kedudukan di tangga kedua liga dengan 19 mata manakala Sabah di tangga ke-4 dengan 13 mata.