Piala Dunia 2018 Berita

Memperkenalkan Telstar Mechta, bola rasmi pusingan kalah mati Piala Dunia 2018

Peringkat kumpulan saingan Piala Dunia 2018 akan berakhir tidak lama lagi. Sehingga kini, dua kumpulan yang awal telah menamatkan tiga perlawanan, disusuli dengan Kumpulan C dan D yang akan berlangsung kemudian. Menjelang saingan kalah mati yang akan berlangsung tidak lama lagi, FIFA telah menghangatkan suasana dengan pengumuman bola terbaru yang akan digunakan nanti.

Bola itu dinamakan Telstar mechta. Bola yang dicipta Adidas itu memiliki persamaan corak dan teknologi sama dengan Telstar 18, bola yang digunakan ketika peringkat kumpulan. Kedua-dua bola itu ditanam dengan cip NFC yang akan membuatkan pengguna dapat berintereraksi dengan bola itu menggunakan telefon pintar. Perbezaan yang dapat dilihat dengan mata kasar adalah warna Telstar Mechta yang berwarna merah menyala.

Menurut laman rasmi FIFA, warna merah itu diinspirasikan daripada warna rasional Russia sebagai penganjur Piala Dunia 2018. Malah, ia juga menggambarkan kehangatan peringkat kalah mati Piala Dunia.

Nama Mechta sendiri berasal daripada Russia yang bererti mimpi atau kemahuan. Menurut Dean Lokes, wakil Pengarah Produksi Adidas, Mechta memang dicipta dengan rupa sebegitu untuk pusingan kalah mati Piala Dunia 2018.

“Telstar 18 adalah langkah besar buat kami secara teknikal dalam menghasilkan bola rasmi. Untuk Telstar Mechta, kami telah menambahkan inovasi daripada Telstar 18 dan memberikan imaginasi yang berbeza, membuatkannya sesuai dengan tekanan dan keadaan peringkat kalah mati Piala Dunia,” memetic kenyataan Lokes daripada laman rasmi FIFA.

Telstar Mechta juga menerima pujian daripada Jean-Francois Pathy, Pengarah Pemasaran dan Perkhidmatan FIFA.

“Tahun ini, Adidas kembali dengan bola yang dicipta menerusi corak yang indah, Telstar Mechta, yang telah memberikan inovasi dan prestasi menawan dalam bola sepak.”

Edisi bola Telstar daripada Adidas untuk Piala Dunia 2018 sebelum ini menerima keluhan daripada beberapa penjaga gol seperti Marc-Andre ter Stegen, Pepe Reina, dan David de Gea kerana ia sukar dijangka dan licin ketika ditangkap. Namun, sehingga kini, bola ini menerima sambutan yang neutral, berbeza dengan bola sebelumnya pada Piala Dunia 2010, Jabulani.