JDT mencatatkan kemenangan terbesar musim ini apabila menewaskan Kedah 6-0 di Stadium Sultan Ibrahim.
Bergson muncul wira apabila menjaringkan hatrik serta membuka jaringan seawal minit ke-8 sebelum menjaringkan dua lagi gol pada minit ke-35 dan 64.
3 gol lagi dijaringkan JDT dalam tempoh kurang 10 minit menerusi Feroz Baharudin pada minit ke-74, diikuti Murilo pada minit ke-76 sebelum Afiq Fazail melengkapkan kemenangan JDT pada minit ke-80.
JDT kekal mendahului liga dengan 22 mata daripada 8 perlawanan manakala Kedah di tangga ke-8 dengan 7 mata daripada 7 perlawanan.