Selangor kembali dengan rentak kemenangan apabila menewaskan Pulau Pinang 4-1 dalam saingan Liga Super di Kelana Jaya.
3 gol yang dijaringkan oleh Selangor di separuh kedua menjadi penentu keputusan perlawanan.
Selangor mendahului seawal minit ke-3 menerusi Mukhairi Ajmal dengan keputusan 1-0 kekal hingga tamat separuh masa pertama.
Namun Penang bangkit melalui jaringan penalti Rafael Vitor pada minit ke-63.
Selangor kembali di depan menerusi jaringan penalti yang disempurnakan oleh Yohandry Orozco.
Alvin Fortes menjadikan kedudukan 3-1 dengan jaringan pada minit ke-89 dan Quentin Cheng melengkapkan kemenangan dengan jaringan pada masa tambahan.
Selangor kini menduduki tangga kedua dengan 12 mata daripada 6 perlawanan, 6 mata di belakang pendahulu liga, JDT.
Penang kekal di tangga ke-9 dengan 6 mata daripada 6 perlawanan.