Liga Super Malaysia Berita

Sabah mara ke suku akhir Piala FA 2024-2025

Sabah mara ke suku akhir Piala FA 2024-2025 selepas cemerlang menewaskan KL Rovers 7-0 di Kota Kinabalu.
Kemenangan itu dibantu dengan jaringan hatrik Ramon Machado.
Saddil Ramdani menjaringkan gol pendahuluan seawal minit ke-18.
Machado kemudian menjaringkan 2 gol berturut-turut iaitu pada minit ke-28, disusuli minit ke-45.
Pertahanan Sabah, Park Tae-soo menjaringkan gol ke-5 pada minit ke-51 sebelum Machado melengkapkan hatrik pada minit ke-59.
Jafri Firdaus Chew menjadikan kedudukan 6-0 pada minit ke-73 sebelum KL Rovers menjaringkan gol sendiri di hujung perlawanan.
Sabah akan bertemu Terengganu pada suku akhir Piala FA 2024-2025.