Malaysia Berita

Malaysia naik ranking FIFA

Kedudukan Malaysia dalam ranking FIFA kembali positif, susulan beberapa keputusan positif dalam kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.
Ranking FIFA terbaru menunjukkan Malaysia kini di tangga 135 dunia, melonjak naik 3 anak tangga berbanding 138 pada April lalu.
Lonjakan itu setelah Malaysia meraih kemenangan 3-1 ke atas Taiwan dan seri 1-1 dengan Kyrgyzstan.
Malaysia dijangka kembali beraksi dalam kalendar FIFA pada bulan September ini.