Matthew Davies dan Junior Eldstal terlepas perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 melawan Oman di Muscat.
Perkara itu dimaklumkan oleh JDT menerusi satu surat rasmi memaklumkan bahawa kedua-dua mereka telah mengalami kecederaan semasa perlawanan latihan pada 14 Mac 2024.
“Justeru JDT memohon pengecualian buat kedua-dua pemain berkenaan untuk melapor diri bersama skuad kebangsaan dan akan menjalani rawatan pemulihan selanjutnya bersama kelab,” kata jurulatih negara, Kim Pan-gon.
Hanya baki lapan pemain iaitu tujuh pemain dari Johor Darul Ta’zim (JDT) serta Dion Cools dari Buriram United telah melapor diri ke kem latihan pusat skuad Harimau Malaya minggu lalu.
Daripada 31 pemain tersebut, seramai tujuh pemain telah dilepaskan ke skuad B-23 kebangsaan kendalian Juan Torres Garrido yang akan memulakan kem latihan pusat mereka pada Ahad, 17 Mac 2024 bagi persiapan menghadapi Piala Asia B-23 2024 di Qatar, bulan depan.
Hanya seramai 24 pemain yang akan dibawa ke Muscat, Oman.
Malaysia berdepan Oman di Sultan Qaboos Sports Complex jam 2 pagi Jumaat.