Kedudukan Kelantan FC akhirnya terjawab apabila pasukan Pantai Timur itu tidak akan beraksi dalam liga bola sepak profesional buat pertama kali dalam sejarah bola sepak Malaysia.
Ia susulan pengumuman Jawatankuasa Rayuan Pelesenan Kelab MFL hari ini.
“Rayuan Kelantan untuk memohon Lesen Kebangsaan bagi musim 2024-2025 ditolak selaras dengan Artikel 3.4.4 yang termaktub dalam Peraturan Pelesenan Kelab MFL Edisi 2023,” kata Pengerusi Jawatankuasa Rayuan Pelesenan Kelab MFL, Yasin Abdullah.
“Keputusan itu diumumkan kepada pasukan hari ini melalui pemakluman rasmi sekali gus menyaksikan Kelantan FC tidak layak untuk beraksi dalam saingan Liga Super musim 2024-2025.”
Kelantan sebelum ini mengemukakan rayuan kepada jawatankuasa berikutan keputusan First Instance Body (FIB) yang menolak permohonan Lesen Kebangsaan pada 1 Januari 2024.
Peminat Kelantan kini dijangka beralih arah kepada Kelantan United.
Dijangka hanya 13 pasukan akan beraksi dalam Liga Malaysia bagi musim baharu.