Liga Super Malaysia Berita

JDT menang 6 kali berturut-turut, kekal pendahulu Liga Super

Johor Darul Ta’zim mencatatkan kemenangan ke-6 berturut-turut apabila menewaskan Sabah 2-0 di Stadium Sultan Ibrahim.

Ia sekali gus menyaksikan JDT kekal sebagai pendahulu Liga Super dengan 18 mata dalam 6 perlawanan.

Dua gol dijaringkan pada separuh masa pertama dan dua gol pagi pada separuh masa kedua.

Pemain paling bernilai 2022, Arif Aiman Hanapi menjaringkan gol pendahuluan pada minit ke-20.

Juan Muniz menjaringkan gol kedua pada minit ke-39.

Ketika perlawanan memasuki 10 minit terakhir, Syahmi Safari menjaringkan gol ketiga JDT pada minit ke-81.

Fernando Forestieri melengkapkan kemenangan apabila menjaringkan gol seminit sebelum perlawanan berakhir, dengan 4-0 kekal kekal hingga tamat perlawanan.

Sabah kekal di tangga kedua dengan 13 mata selepas 6 perlawanan.