Liga Super Malaysia Berita

Sepak mula waktu petang diperkenal bagi Liga Malaysia musim 2023

MFL memperkenalkan sepak mula waktu petang bagi Liga Malaysia musim 2023.

Sepak mula terdiri daripada 5.15 petang dan 5.30 petang bagi pasukan di Semenanjung manakala pasukan Sabah dan Kuching City akan berdepan sepak mula 4.30 petang dan 4.45 petang.

Sepak mula bagi 8.15 malam yang diperkenalkan tahun lalu kekal bersama-sama dengan sepak mula 9 malam dan 10 malam untuk bulan Ramadan.

Sama juga dengan sepak mula di Sabah dan Sarawak dengan sepak mula kekal 7.30 malam, 8.15 malam dan 9 malam untuk bulan Ramadan.

“Saya harap pasukan dan penyokong mengambil perubahan dengan positif,” kata CEO MFL, Stuart Ramalingam.

“Kita ambil setiap langkah kecil ke hadapan, kita tidak mahu kejutkan ramai pihak dengan memperkenalkan sepak mula baharu.

“Seperti tahun lalu, kita perkenalkan dua sepak mula baharu, betul ada tentangan pada mulanya, tapi sekarang sudah jadi budaya.

“Sepak mula baharu ini juga memberi peluang baharu, demografik baharu, fanbase baharu yang boleh kelab akses melalui sepak mula baharu.

“Bagi MFL, perubahan ini memberi satu dimensi baharu dan perubahan positif lebih dari negatif. Saya harap kerjasama dari semua terutama kelab dan penyokong menerima perubahan profesional, industri profesional yang kita nakkan diambil secara positif.”