
Kejayaan Malaysia melayakkan diri ke Piala Asia 2023 baru-baru ini melonjakkan kedudukan negara dalam ranking FIFA.
Berdasarkan kemas kini terbaharu ranking FIFA hari ini, Malaysia secara rasminya berada di tangga 147 dunia.
Ini bermakna, Malaysia berjaya melonjak naik 7 tangga, berbanding 154 pada kemas kini terdahulu pada 31 Mac lalu.
Lonjakan itu adalah disebabkan kejayaan Malaysia layak ke Piala Asia 2023 selepas menewaskan Bangladesh 4-1 dan mengalahkan Turkmenistan 3-1 meskipun tewas kepada Bahrain 2-1.
Kali terakhir Malaysia berada di lingkungan kedudukan 140 dalam ranking FIFA adalah pada 2014, tahun Dollah Salleh dilantik sebagai jurulatih negara selepas kontrak K Rajagobal tidak disambung pada Disember 2013.
Kemas kini ranking FIFA seterusnya akan dibuat pada Ogos ini.