Malaysia Berita

Hamidin: Saya boleh tinggalkan FAM tetapi…

Datuk Hamidin Mohd Amin mengakui beliau akan meletakkan jawatan sebagai Presiden FAM satu hari nanti.

Namun katanya, sekarang bukan waktu yang sesuai untuk meninggalkan FAM dengan begitu sahaja.

“Saya akan pergi,” kata Hamidin kepada Berita Harian.

“Masa itu orang tak tahu masa bila saya akan pergi. Dalam keadaan seperti ini, sebagai ketua mana boleh (tinggalkan FAM).”

Sebaliknya, beliau berjanji tidak akan terlalu lama memegang jawatan Presiden FAM.

“Bukan nak duduk 30 tahun dekat FAM. Saya fokus dan saya tak takut. Sebab itu saya ke sini.

“Saya boleh tinggalkan FAM tetapi FAM akan rosak buat ketika ini dan selepas itu akan bermasalah lagi.

“Lagipun hanya kalah pasukan kebangsaan, bukan ada masalah kewangan atau masalah itu, masalah ini.”

Hamidin sudah memegang jawatan Presiden FAM selama lebih tiga tahun setelah dipilih sebagai presiden baharu pada Julai 2018 bagi menggantikan Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang melepaskan jawatannya pada Mac 2018.

Awal tahun lalu, Hamidin mempertahankan jawatannnya sebagai Presiden FAM bagi penggal 2021-2025.