Piala Malaysia Berita

[VIDEO] KL City kejutkan JDT, muncul juara Piala Malaysia 2021

KL City membuat kejutan apabila membenam Johor Darul Ta’zim 2-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Meskipun JDT menguasai separuh masa pertama, pasukan Harimau Selatan gagal menembusi gawang gol KL yang dijaga dengan cemerlang oleh Kevin Ray Mendoza.

KL City sebaliknya membuat kejutan apabila menjaringkan gol pendahuluan menerusi Zhafri Yahya yang berjaya menyudahkan hantaran J Partiban pada minit ke-65.

Hampir 10 minit kemudian, kapten KL City, Paulo Josue pula merobek gawang gol JDT sekaligus Farizal Marlias tertewas buat kali kedua.

JDT yang cuba membuat kebangkitan bagaimanapun gagal berbuat demikian sehingga tamat perlawanan.