Luar Negara Berita

Bekas pemain Liverpool, Stewart Downing bersara dari dunia bolasepak

Bekas pemain sayap Liverpool dan England, Stewart Downing mengumumkan persaraannya sebagai pemain bolasepak profesional.

Downing yang kini berusia 37 tahun, mengakhiri kariernya selama 20 tahun di mana beliau telah membuat lebih dari 700 penampilan di peringkat kelab.

Beliau juga beraksi 35 kali untuk England dan merupakan sebahagian daripada skuad Three Lions di Piala Dunia 2006 dan Euro 2012.

“Setelah beberapa lama berehat dan berbincang bersama keluarga sepanjang musim panas, saya memutuskan sudah waktunya untuk bersara,” tulis pemain berusia 37 tahun itu di Twitter.

“Sebagai seorang kanak-kanak, saya hanya boleh bermimpi bermain untuk kelab-kelab saya bermain dan berkongsi padang dengan beberapa pemain.

“Saya melihat kembali 35 kali saya bermain untuk England dengan rasa bangga dan saya membuat beberapa kenangan luar biasa yang akan kekal seumur hidup.”

Downing memulakan kariernya di Middlesbrough pada tahun 2001, memenangi Piala Liga pada tahun 2004 dan layak ke final Piala UEFA dua tahun kemudian, sebelum menyertai Aston Villa pada tahun 2009.

Beliau kemudian berhijrah ke Liverpool pada Julai 2011 dengan yuran perpindahan sekitar 20 juta euro, namun sering dikritik sepanjang berada di Anfield kerana gagal memberikan impak yang diharapkan.

Secara keseluruhan, beliau membuat 91 penampilan dan memenangi Piala Liga 2012 sepanjang dua tahun di Anfield.

Downing menyertai West Ham pada Ogos 2013 dengan yuran perpindahan sekitar 5 juta pound, sebelum kembali ke Middlesbrough pada Julai 2015 dan membantu pasukannya kembali ke Premier League pada 2016.

Downing menamatkan kariernya bersama Blackburn apabila menyertai pasukan itu pada Jun 2019 sebelum membuat keputusan untuk bersara.