Benjamin Mora mahu JDT bangkit daripada kekalahan kepada 1-0 Nagoya Grampus apabila bertemu kelab Thailand, Ratchaburi FC dalam saingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2021 malam ini.
Beliau berkata, pasukannya mempunyai mentaliti yang menang dan mereka mengharapkan tidak kurang dari tiga mata penuh.
“Harapan saya adalah menang,” katanya dalam sidang media semalam.
“Begitulah kita perlu berfikir dan mengharapkan kemenangan.
“Kami datang untuk bersaing dan tidak hanya pergi ke padang untuk melihat apa yang berlaku.
“Kami akan berusaha memperbaiki permainan kami, kami akan berusaha memperbaikinya dalam perlawanan kedua.”
Mora juga menganggap cara permainan bola sepak Thailand adalah serupa dengan bola sepak Malaysia, dan itu akan membantu pasukannya dalam pertembungan hari ini.
Ratchaburi juga mahu mencatatkan kemenangan pertama selepas tewas 2-0 kepada Pohang Steelers dalam perlawanan pembukaan.
Kapten dan penjaga gol JDT, Farizal Marlias pula berharap JDT dapat mengelak daripada melakukan kesilapan mudah menentang Ratchaburi.
“Kami sudah mula mengenali corak permainan pasukan dari Thailand, gaya permainan yang mirip dengan skuad kebangsaan dan sedikit sebanyak kami mengetahui kemampuan mereka.
“Mereka memiliki kemahiran teknikal yang baik, kepantasan dalam melancarkan serangan balas. Namun saya menyarankan bahawa pasukan supaya tidak terlalu memikirkan tentang mereka sebaliknya memberikan tumpuan dengan persiapan kami sendiri.”