Tan Cheng Hoe memberi bayangan bahawa Guilherme De Paula kemungkinan besar akan tetap diturunkan dalam perlawanan menentang Vietnam, Sabtu ini.
Ini meskipun penyerang berusia 34 tahun itu dikritik hebat selepas mempamerkan aksi hambar ketika menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE).
“Kalau kita lihat De Paula pemain yang banyak pengalaman,” katanya kepada Berita Harian.
“Bukan saja dia bermain di negara kita tapi dia juga banyak bermain di luar negara.”
“Dari segi disiplin, keyakinan dan pengalaman saya rasa dia tidak mempunyai masalah untuk menghadapi aksi menentang Vietnam nanti.”
“Saya harap dengan pengalaman itu dia dapat menggalas tugas menentang Vietnam.
“Bukan sahaja De Paula, tapi kita harap semua kesebelasan utama yang diturunkan dapat memberi keputusan yang positif buat pasukan.”