Liga Super Malaysia Berita

Nazirul Naim sertai Sabah

Nazirul Naim Che Hashim membuat keputusan untuk menyertai Sabah pada jendela perpindahan kedua Liga Malaysia musim ini.

Pengurus Sabah, Marzuki Nasir berkata, Perak sendiri bersetuju untuk membenarkan Nazirul berhijrah, meskipun kehilangan seorang lagi tonggak utama pasukan.

“Nazirul baru-baru ini memohon pelepasan daripada pengurusan dan menjadi pemain terbaharu yang meninggalkan Perak,” katanya seperti dilaporkan Bernama.

Pemain pertahanan kiri berusia 28 tahun itu membuat keputusan tersebut selepas Shahrul Saad, Guilherme de Paula, Kenny Pallraj dan J Partiban meninggalkan pasukan Liga Super itu.

Malah, beliau juga kurang mendapat peluang beraksi dengan kesebelasan utama pasukan musim ini.

Sabah ketika ini menduduki tangga ke-7 dengan 16 mata.