Liga Super Malaysia Berita

MFL: Pasukan Liga Malaysia hanya akan dapat vaksin pada fasa ketiga

Pemain dan pasukan Liga Malaysia dijangka menerima suntikan vaksin pada fasa ketiga Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

CEO MFL, Datuk Ab Ghani Hassan berkata, hanya JDT, Kedah dan Terengganu yang mendapat suntikan vaksin lebih awal kerana akan bersaing di peringkat antarabangsa.

“Berkemungkinan besar vaksin untuk pemain Liga Malaysia dilaksanakan dalam fasa ketiga kerana buat masa ini kerajaan mendahulukan golongan yang lebih memerlukan,” katanya kepada Bernama.

Kedah menerima suntikan pertama pada 13 April lalu, manakala Terengganu telah mendapat vaksin semalam.

Pasukan Johor Darul Ta’zim kan menghadapi peringkat kumpulan saingan Liga Juara-Juara AFC dari 22 Jun hingga 7 Julai di Thailand manakala Terengganu dan Kedah bersaing dalam peringkat kumpulan Piala AFC bermula 29 Jun hingga 6 Julai di Singapura.

Seramai 29 pemain dari pasukan kebangsaan, yang kini berada di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk persediaan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, melengkapkan dos kedua pada 10 Mei lalu.