Liga Super Malaysia Berita

Stadium Sultan Ibrahim dipilih sebagai tuan rumah Spartan Stadion

Stadium Sultan Ibrahim akan menjadi tuan rumah Spartan Stadion yang pertama di Malaysia pada 3 dan 4 September 2021.

Spartan Stadion adalah perlumbaan sejauh 5 km dengan 20 rintangan yang diadakan di stadium sukan pro yang terkenal di seluruh dunia.

Ditubuhkan pada tahun 2007 di Amerika Syarikat, Spartan Race telah berkembang ke lebih dari 30 buah negara dengan pelbagai jenis acara.

“Ia akan menarik perhatian peminat dari dalam dan luar negara,” menurut kenyataan rasmi JDT.

“Walaupun penyertaan antarabangsa akan bergantung pada situasi Covid-19, namun ia tetap akan memberikan JDT lebih banyak pendedahan bertaraf antarabangsa dan akan mengukuhkan lagi lokasi Stadium Sultan Ibrahim di peta dunia.

Mereka yang berminat untuk menyertai pertandingan ini boleh mendaftar melalui pautan ini: https://www.spartanrace.my/en/race/detail/7448/overview

Stadium Sultan Ibrahim dibuka secara rasmi pada Februari 2020.

Ia menjadi rumah baharu buat kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) dan baru-baru ini dianugerahkan ‘Stadium of the Year’ oleh StadiumDB.com.

JDT juga mempunyai kerjasama dengan beberapa jenama terkemuka dunia antaranya UNICEF, NIKE, HUBLOT, SWAG Electric Vehicle dan Subway.