Liga Super Malaysia Berita

Feichtenbeiner: JDTII turunkan pemain bertaraf Liga Super

Jurulatih Selangor 2, Michael Feichtenbeiner mengakui terkejut dengan kesebelasan utama JDTII ketika terikat 0-0 dalam perlawanan Liga Premier di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin.

Beliau berkata, majoriti pemain JDTII berkelas Liga Super, berbanding pasukannya yang hanya menyenaraikan pemain muda di bawah usia 22 tahun.

“Bila saya lihat senarai pemain JDTII, mereka turunkan pemain yang taraf Liga Super dan bukannya pemain taraf Liga Perdana,” katanya selepas perlawanan.

“Rata-rata pemain mereka memiliki pengalaman berbanding saya yang semuanya di bawah 22 tahun.

“Ia satu cabaran besar buat pemain muda saya dan mereka bagaikan tidak hirau kesebelasan pemain JDTII apabila berjaya memberi saingan sehingga sukar buat pemain lawan memenangi perlawanan itu selepas pemain muda Selangor beraksi cemerlang.

“Apa yang saya rumuskan, pemain muda Selangor meraih pengalaman bermakna dalam perlawanan itu tatkala pemain yang disenaraikan adalah bekas pemain Akademi Bola sepak Mokhtar Dahari (AMD) dan mereka tidak gugup malah kerap mencemaskan benteng pertahanan JDTII.”

Ini merupakan senarai pemain kedua-dua pasukan:

JDTII: Izham Tarmizi (C), Fernando Rodriguez, Nicolás Alberto Fernández, Ahmad Aysar Hadi, Gary Steven Robbat, Feroz Baharudin, Syazwan Andik, Daniel Amier, Fadhli Shas, Hazwan Bakri, Syafiq Ahmad
Substitutes: Mohamad Rozaimi Rahamat, Firdaus Ramli, Adib Zainuddin, Hafiy Haikal Ismail, Kei Hirose, Umar Hakeem Suhar Redzuan, Gabriel Nistelrooy, Stuart John Wilkin, Rafiefikri Rosman

SEL2: Sikh Izhan Nazrel, Harith Haiqal, Ikhwan Hafizo, S. Sharvin, Hein Htet Aung, George Attram, Saiful Iskandar Adha, Shivan Pillay Asokan (C), Faiz Amer Runnizar, Iqmal Ramlan, Izzul Adham Suhaimi